Responsive Advertisement

Saturday, August 1, 2020

Tiga Jumaat - Maria Kajiwa

Tajuk      :  Tiga Jumaat

Penulis    :  Maria Kajiwa

Penerbit  :  -

Genre      :  Fiksyen, Thriller

Bilangan Mukasurat : 525

Tarikh Terbitan : 01 Ogos 2020

ISBN       :  -

Ebook


Sinopsis


Semasa belajar di Hong Kong, Fauhad antara yang terlibat dengan Taufan Usagi yang melanda China, Filipina, Hong Kong dan Macau. Sejak itu berlaku satu perubahan yang drastik kepada dirinya.


Dia mampu mencium bau kematian orang lain. Hidupnya huru hara. Dia dikatakan gila dan menjadi sebab kepada kematian ayahnya sendiri.


“Engkau gila, Ad! Engkau dah gila!” HADI.


Akhirnya dia memutuskan untuk menjauhkan diri daripada masyarakat di satu kawasan elit -Brunuhland. Dia bersembunyi di situ selama tiga tahun dan hanya seorang sahaja yang menjadi penghubungnya dengan dunia luar iaitu seorang gadis bernama Melinda. Bagaimanapun pada satu hari, berlaku satu perubahan yang tidak disangka-sangka.


Dia tercium bau kematiannya sendiri.


Dalam masa yang sama dia tidak dapat menghubungi Melinda. Akhirnya dia membuat keputusan untuk keluar dari tempat persembunyian dan menjejak gadis itu.


Melinda pula menghilangkan diri untuk menjejak satu rahsia dan penawar kepada penyakit keturunan yang dihidapi.


“Engkau bukan cucu aku walau Nenita lahir dari rahim Dalisay. Engkau syaitan, sama seperti dia.” ABIAN


Dalam masa yang sama, seorang demi seorang kanak-kanak didapati hilang.


“Siasat semula pelaku paedophilia yang berhampiran. Cuba sempitkan pencarian kepada rupa fizikal dan kereta yang sama." DANIEL


Berjayakah FAUHAD dan MELINDA bertemu semula dan meleraikan pelbagai kekusutan? Siapakah pembunuh yang sebenar?


-Adakalanya hidup tidak memberikan pilihan-

No comments:

Post a Comment

Hebahan, Ulasan, Informasi Tentang Buku di Malaysia