Responsive Advertisement

Sunday, November 27, 2022

Flu Precaution: Please Don’t Kiss Me - Spanish Influenza



Bayi dalam gambar adalah salah seorang yang hidup dalam pandemik Influenza 1918. Ibunya letak kad “Flu Precaution: Please Don’t Kiss Me”. Kad tu saja dah tunjuk yang tok nenek zaman dulu sebenarnya sangat cakna tentang kesihatan.


Apa yang berlaku zaman tu? Kenapa Influenza tu digelar Spanish Influenza?


Sebenarnya, pandemik ni TIDAK bermula di Spain. Pihak National Geographic melaporkan virus influenza tersebut berasal daripada negara China. Ketika Perang Dunia Pertama, pihak Entente menggerakkan 96,000 anggota buruh Cina yang barangkali menjadi asbab.


Jadi kenapa masih dipanggil “Spanish Influenza”? Semasa Perang Dunia Pertama, kedua-dua pihak haramkan sebarang ‘bad news’ untuk memelihara morale perang. The Times London laporkan “Public Notice” ni pada 2 Jun 1918. Masalahnya, 4 Mac, tukang masak tentera kat Kansas dah jatuh sakit. Jauh benar gap tu.


320 km daripada tukang masak ni pun dah ada laporan. Jadi saintis sebulat suara, influenza ni dah bergerak pantas dan waktu tu tiada siapa tahu asal-usulnya. Dalam masa beberapa hari, tukang masak Kansas dah tumbangkan 522 orang kat kem tentera tu. 


Tapi pihak Spain mengambil kedudukan neutral semasa Perang Dunia Pertama. Jadi pihak media bebas melaporkan apa-apa saja pasal Sepanyol. Mereka dah lama tutup mulut pasal negara sendiri. Maka semua pakat sembang pasal Sepanyol sampai tular habis persepsi: 

“Eh, ada pandemik kat Spain”.

“Spanish flu. Spanish flu.”


Secara langsung, Spain didakwa jadi “negara pertama”. Walhal tak. Sejarawan dan saintis juga sependapat bahawa Perang Dunia Pertama adalah punca kenapa Influenza 1918 merebak begitu pantas! Jerman simpan statistik sakit. 900,000+ tentera mereka didapati POSITIF.


Kurang zat, hospital penuh, hygiene teruk dsb. menjadi punca dunia terutamanya Barat tenggelam dalam arus ‘superinfection’. 500 juta orang dipercayai terkena Influenza 1918. 17-100 juta pula mati. Ini realiti tok nenek moyang kita hadapi dulu.


Oleh: Ahmad Faezal

...

Kalau korang tertarik dengan maklumat ni, ada banyak lagi benda menarik menanti korang dalam buku ni. 



No comments:

Post a Comment

Hebahan, Ulasan, Informasi Tentang Buku di Malaysia