Punya banyak bintang kat alam semesta, sebenarnya BANYAK LAGI VIRUS kat Bumi. Banyak mana bintang kat alam semesta? Mata manusia misalnya boleh tengok 5,000 bintang di langit. Dengan bantuan teknologi, saintis mengesahkan ada sekurang-kurangnya 200 bilion trilion bintang di luar sana.
Berapa banyak bilion trilion tu? Banyak. “2” disambung dengan 23 angka “0”. Banyak kan? Sekarang tengok telefon pintar korang. Tengok lantai korang. Tengok keliling korang. Semua tu entahnya penuh dengan virus. Kerana itu, saintis National Geographic meramal Bumi ni ada sekurang-kurangnya 10 nonilion virus!
Nonilion tu “10” disambung dengan 30 angka “0”.
Bintang: “2” disambung dengan 23 angka “0”.
Virus: “10” disambung dengan 30 angka “0”.
Dahsyat tak? Pertama sekali, kena faham bukan semua virus tu boleh menjejaskan kesihatan korang. Anggaran kasar, dunia ni ada lebih daripada 200 virus yang boleh merosakkan sel kita. Jadi bawa bertenang.
Tapi 200 virus ni pun banyak sebenarnya. Hanya perlu satu saja untuk menyebabkan jangkitan besar-besaran. Health Direct dan Insider berkata virus lebih merbahaya berbanding bakteria. Dan bayangkan balik: 10 nonilion virus berindividu... 200 jenis virus boleh menjejaskan manusia.
Bukankah ni dah cukup nak bagi kita bersyukur pada ALLAH SWT kerana tubuh kita masih sihat?
Oleh: Ahmad Faezal
The Patriots
No comments:
Post a Comment