Tajuk : Somniphobia Sumpahan Syaitan
Penulis : Iwan Reaz
Penerbit : Buku Puris
Genre : Fiksyen, Seram
ISBN : 9789830977676
Format : Paperback
Bilangan Mukasurat : 480
Tarikh Terbitan : 01 Mac 2019
Sinopsis
Somniphobia ialah salah sejenis fobia atau ketakutan untuk tidur. Ia merupakan gangguan tidur yang luar biasa. Individu yang mengalami Somniphobia takut untuk tidur kerana takut untuk mengalami mimpi ngeri atau menyeramkan.
Anas, seorang pemuda yang baru meminati buku-buku genre seram. Dia telah membeli beberapa buah novel, termasuklah sebuah novel bertajuk Somniphobia yang diberi secara percuma. Sejak membaca novel Somniphobia, dia mula mengalami mimpi-mimpi seram yang dirasakan seperti benar. Malah, dia juga semakin keliru antara realiti dan mimpi. Pernah dia cuba untuk memulangkan dan membuang buku itu, tetapi usahanya menemui jalan buntu kerana ada ‘sesuatu’ yang mengganggunya.
Rakan di tempat kerja Anas iaitu Faiz, menawarkan pertolongan. Dia mengajak Anas untuk tinggal bersama dengannya setelah rakannya itu semakin tidak terurus. Anas sendiri kini sudah mengalami somniphobia!
No comments:
Post a Comment