Tajuk : Nagalusia
Penulis : Maria Kajiwa
Penerbit : -
Genre : Fiksyen
Bilangan Mukasurat : 95
Tarikh Terbitan : 2019
ISBN : 9789671685402
Sinopsis
Kedatangannya ke Kampung Cendana Janggi merubah hidup Pateh Adam. Kini dia terperangkap di tengah peperangan antara dua buah kerajaan besar di alam naga.
Di antara Nagalusia dan Patalewa
Di antara Seri Gumun dan Jengkala; naga bersisik emas.
Apakah kaitan antara dirinya dengan Pateh Awang yang menjadi lagenda? Mampukah Pateh Adam membawa ibunya keluar dari kancah peperangan sebelum terlambat?
Seri Chini Seri Setiawan
Seri Daik Seri Utama
Seri Pahang Seri Pahlawan
Seri Gumun Alang Setia
Sudilah Naik Sudilah Bicara
Beta Raja Nagalusia Segara
Sebaik sahaja kata-kata itu diucapkan, permukaan tasik mula berkocak dan berpusar. Mula-mula kecil dan perlahan tetapi lama-kelamaan membentuk satu pusaran air yang besar dan berarus kuat. Pelantar tempat mereka bertiga berdiri, bergegar. Air berkocak garang. Dengan sepontan Pateh ke belakang dan memegang lengan ibunya.
"Jangan takut," tegur Malaila namun Pateh bertambah gerun.
Mungkin itulah bezanya antara engkau dan Pateh Awang. Dia percaya sebelum ada bukti. Dia taat sebelum ada setia. - Araga
Ikutilah pengembaraan Pateh Adam yang penuh debaran.
No comments:
Post a Comment