Responsive Advertisement

Friday, December 31, 2010

OLAN - Maria Kajiwa

Tajuk      :  OLAN

Penulis    :  Maria Kajiwa

Penerbit  :  Fajar Pakeer Sdn Bhd

Genre      :  Buku Cerita & Komik, Buku Kanak-Kanak

ISBN       :  9789673650354

Format   :   Paperback

Bilangan Mukasurat : 127

Tarikh Terbitan : 01 Januari 2016


Sinopsis

“Jangan senyum!” tegur ibunya dengan segera sambil menepuk meja.

Olan tersentak. Senyumannya pudar. Dia cuma menggeleng. Diteguk madu yang

terhidang dalam mangkuk di hadapannya. Ibu, ayah dan neneknya juga menghirup madu masing-masing dalam diam. Semuanya berwajah muram.


Apa akan terjadi jika senyum itu menjadi satu kesalahan besar? Begitulah yang terjadi kepada penduduk Lembah Masamian yang hidup di bawah tanah. Mereka tidak dibenarkan senyum dan jika senyum mereka akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.


Bagaimanapun, Olan yang telah diserang seekor burung telah tersesat di luar lembah itu dan menempuh pelbagai pengalaman baru. Berjayakah Olan pulang ke rumahnya dan mengubah undang-undang yang aneh itu?

No comments:

Post a Comment

Hebahan, Ulasan, Informasi Tentang Buku di Malaysia