Responsive Advertisement

Wednesday, October 13, 2010

Planet-Planet Cinta by Maria Kajiwa

Tajuk      :  Planet-Planet Cinta

Penulis    :  Maria Kajiwa

Penerbit  :  PTS Fortuna Sdn Bhd

Genre      :  Fiksyen

ISBN       :  9879675136627

Format   :   Paperback

Bilangan Mukasurat : 477

Tarikh Terbitan : 13 Oktober 2010



Sinopsis

Novel ini mengisahkan tentang seorang puteri kerajaan Jupiter yang bernama Puteri Elara. Beliau adalah bakal pengganti dan pewaris takhta kerajaan Jupiter pimpinan bondanya Ratu Zeux dan ayahandanya, Raja Thytyus.


Bagaimanapun, satu keanehan telah berlaku di Planet Jupiter. Salji turun lebih awal sehingga bahan kajiannya, Atta colombica telah mati. Namun yang mati itu menjadi permulaan yang lain. Hadirnya Prof Ananke dari Bumi untuk membantunya menyelidik kematian spesis itu telah merubah dan memulakan satu pengalaman hidup yang tidak pernah diduga.


Kerana cinta, dia mengembara.

Namun takdir menentukan yang lain, pesawatnya Juniker 90 yang membawanya ke Bumi telah hilang daripada radar.

Puteri Elara terdampar di sebuah planet beracun yang bernama Planet Tas-as-raum.


Kehilangannya ditangisi rakyat Jupiter namun ada dua orang insan yang terus mencari dan mengharapkan kepulangannya.

Putera Adrastea dan Prof Ananke.

Bagaimanakah kesudahan nasib Puteri Elara?

Siapakah yang memiliki jasadnya dan siapakah yang memiliki hatinya...

No comments:

Post a Comment

Hebahan, Ulasan, Informasi Tentang Buku di Malaysia