Responsive Advertisement

Monday, March 1, 2021

Artifak - Maria Kajiwa

Tajuk      :  Artifak

Penulis    :  Maria Kajiwa

Penerbit  :  Fajar Pakeer

Genre      :  Fiksyen, Seram

Bilangan Mukasurat : 325

Tarikh Terbitan : 01 Mac 2021

ISBN       :  9789838221153


Sinopsis

“Dhaw yang kamu hasilkan memang bagus dan bermutu tinggi tetapi sayang dhaw itu memiliki semangat yang jahat. Semangat yang tidak terdidik oleh ketenangan tetapi hanya dilentur oleh sifat api. Ia membunuh tanpa memilih. Apa sahaja yang melintas akan mati apabila tersentuh.” – SAMI TUA


Sebuah artifak berharga dari zaman Kerajaan LannaThai menjadi rebutan

pelbagai pihak. Justru itu sebagai langkah berjaga-jaga, Khalid diminta sahabat

lamanya Panji untuk membantu walaupun dia tahu, nyawa mereka menjadi taruhan.


Sayangnya, usaha mereka berdua terhalang. Mereka diserang dan diburu…

kematian sudah berada di depan mata.


“Masalahnya sekarang… kalau aku serah pada kau orang, bagaimana dengan

kami? Boolert pasti cari kami sampai ke lubang cacing.” – KHALID


Dalam kepayahan, Khalid berjaya melepaskan diri namun sejak itu dia pula

yang menghadapi gangguan mistik dan diburu beberapa kumpulan penjahat. Dia

dihantui orang yang sudah mati.


Apakah rahsia sebenar artifak yang menjadi rebutan itu? Mampukah nyawa Khalid diselamatkan atau tewas kepada sumpahan yang menunggu mangsa?


Ternyata artifak itu lebih daripada sekadar barang lama. Ada semangat mati yang menguasai. Ada keramat yang menghantui...


“Bukan anak murid namanya, kalau membunuh guru sendiri. Dhaw yang kamu

hasilkan ini mempunyai syaitan. Ia akan membawa maut dan badi kepada setiap

orang yang menyentuhnya.” – SHIN KUE NA

No comments:

Post a Comment

Hebahan, Ulasan, Informasi Tentang Buku di Malaysia