Responsive Advertisement

Tuesday, April 1, 2014

Seteguh Ilalang - Maria Kajiwa

Tajuk      :  Seteguh Ilalang

Penulis    :  Maria Kajiwa

Penerbit  :  Aurora Creative

Genre      :  Fiksyen, Misteri, Kekeluargaan

Bilangan Mukasurat : 722

Tarikh Terbitan : 01 April 2014

ISBN       :  9789671007730



Sinopsis

ILALANG merupakan sebuah novel dewasa bergenre MISTERI-KEKELUARGAAN. ia mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Aidil Borhan yang pulang ke Malaysia setelah kematian datuknya. Genap 3 bulan, dia diserahkan sepucuk surat yang meminta dia mencari bapa saudara yang telah menghilangkan diri sebelum dia lahir ke dunia lagi. Barulah dia tahu bahawa selama ini, datuknya mempunyai seorang anak lagi selain arwah ayahnya.


Untuk memudahkan usahanya, Aidil Borhan mengupah seorang penyiasat persendirian bernama Adam. Adam yang sedang terdesak dengan kesempitan hidup menerima tugas itu dengan rasa syukur. Pencarian membawa mereka berdua ke serata negeri.


Dalam pada masa yang sama, Aidil Borhan berkenalan dengan seorang gadis pemarah bernama Hanisa. Hanisa sebenarnya cuba melarikan diri dari masa silamnya yang pahit. Kehadiran Aidil Borhan membuatnya berdepan dengan tekanan perasaan.


Apakah Aidil Borhan dan Adam berjaya dalam pencarian yang begitu rumit? Siapakah Hanisa yang sebenar dan kenapa dia cuba melupakan keluarganya?

No comments:

Post a Comment

Hebahan, Ulasan, Informasi Tentang Buku di Malaysia