Tajuk : Permainan Gelap Truth or Dare
Penulis : Iwan Reaz
Penerbit : Blink Book Sdn Bhd
Genre : Fiksyen, Seram
ISBN : 9789672865032
Format : Paperback
Bilangan Mukasurat : 122
Tarikh Terbitan : 01 Januari 2022
Jika memilih ‘truth’, pemain perlu berkata benar bagi menjawab soalan yang diajukan.
Andai ‘dare’ pula, mereka mesti berani melakukan sebarang arahan yang diminta.
Tetapi apa yang akan terjadi jika pemain menipu atau membuat helah?
Naem, Rifqi, Adhwa dan Faris bermain ‘Truth or Dare’ semasa berkhemah di dalam hutan. Namun, ada rahsia yang mereka sembunyikan daripada pengetahuan pemain lain.
Akibatnya, satu per satu rahsia itu terbongkar melalui kejadian-kejadian yang cukup tragis.
Antara rahsia gelap, perbuatan khianat, kekejaman dan persahabatan... siapakah yang akan menjadi mangsa seterusnya?
No comments:
Post a Comment