Responsive Advertisement

Wednesday, January 1, 2020

BRAMFIELD HOUSE - Maria Kajiwa

Tajuk      :  BRAMFIELD HOUSE

Penulis    :  Maria Kajiwa

Penerbit  :  FAJAR PAKEER

Genre      :  Fiksyen, Seram

Bilangan Mukasurat : 370

Tarikh Terbitan : 01 Januari 2020

ISBN       :  9789830699


Sinopsis

"Rumah takkan lengkap tanpa tiang seri. Tiang seri takkan lwngkap tanpa semangatnya." - KAPTEN BROCK


Ceritanya bermula pada tahun 1947 - enam tahun selepas kematian Kapten Brock Bramfield.


Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, ibu bapa Kapten Brock, Tuan Rupert dan Puan Emmeline tiba di Cameron Highland untuk menghidupkan semula rumah rehat yang dibangunkan oleh anaknya yang diberi nama 'Bramfield House' yang terletak di atas sebuah bukit. Kedatangan mereka diuruskan oleh Winston, sahabat baik Kapten Brock juga pemenang amanah bagi menguruskan Bramfteld House.


Namun, masalah bermula sejak malam pertama mereka menginap di rumah tersebut. Gangguan demi gangguan berlaku. Penemuan tulang di perigi belakang rumah dan kematian ngeri orang kampung menimbulkan semula ingatan kepada berberapa kejadian ngeri yang pernah berlaku di situ. Kehadiran ibu bapa Kapten Brock di situ juga menghidupkan semula dendam orang kampung kepada apa yang pernah dilakukan Kapten Brock kepada seorang gadis bernama Basariah.


"Dia nak darah manusia." - ANDAK

"Musuh Brock bukan seorang. " - WINSTON


Rahsia terbongkar, penipuan tersebar. Mampukah Bramfield House dihidupkan semula? Siapa pula yang akan menjadi korban?


Setiap senja menjelma, setiap subuh menghilang. Makhluk itu punya kuasa, mematikan nyawa anak Adam yang mencabar kewujudannya.


No comments:

Post a Comment

Hebahan, Ulasan, Informasi Tentang Buku di Malaysia